Kerjaya muzik Ferlyn Wong

2012–2013: Skarf, kameo dalam It Takes Two dan Luv Virus

Rencana utama: Skarf

Setelah menghadiri ujibakat JYP & Alpha Entertainment, beliau membuat penampilan sulungnya bersama Skarf, kumpulan wanita empat ahli dengan ahli Singapura lain, Tasha dan dua ahli Korea lain.[5]

Pada 13 Ogos 2012, Skarf membuat penampilan sulung mereka dalam Oh! Dance[6] dan menampilkan lagu tersebut di Music Bank di KBS pada 17 Ogos 2012.[7] Ferlyn juga membuat penampilan kameo dalam siri TV Singapura, It Takes Two bersama ahli Skarf.

Skarf membuat kemunculan semula mereka dengan Luv Virus pada 28 Mei 2013 dan pada 31 Mei 2013, muzik video untuk Luv Virus dimuat naik di saluran YouTube rsmi mereka.[8]

2014–2015: Pengunduran dari Skarf, kumpulan baru dan First

Pada 16 September 2014, media mengumumkan bahawa Ferlyn akan meninggalkan SKarf dan akan melancarkan sebuah EP mandarin solo pada 2015.[9]

Pada 2 Januari 2015, Ferlyn melancarkan EP sulungnya, First selepas beberapa teaser dikeluarkan. EP itu terdiri dari dua trek Mandarin dan satu trek Korea. Trek Koreanya, yang bertajuk Luv Talk menampilkan Mint dari Tiny-G.[10] Beliau mengadakan sidang media pada hari keluarannya di Atrium di Bugis+, di Singapura dan akan mempromosikan albumnya di Korea, China, Hong Kong, Taiwan, Thailand dan Malaysia.[11]

Rujukan

WikiPedia: Ferlyn Wong http://www.allkpop.com/2012/08/korean-singaporean-... http://www.allkpop.com/2012/08/korean-singaporean-... http://www.allkpop.com/2012/08/rookie-group-skarf-... http://www.allkpop.com/article/2013/06/skarf-pract... http://www.alphaent.com/ http://instagram.com/ferlynwong_FW http://blog.koreaboo.com/post/97679186268/ferlyn-d... http://xin.msn.com/en-sg/entertainment/celebrity/l... http://seoulrhythms.com/2011/04/15/jyp-alpha-2010-... http://www.meradio.sg/musicportal/musicFeatures/ge...